OST Playboy Itu Suami Aku - Rindukanlah Encik Mimpi
Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah oh engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang surya hingga tenggelam
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ihklas ihklaskan lah hatimu
Rindu rindukan lah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu Sayangku ku
Ku adalah milikmu yang kau rindu
Doa doakan lah diriku di dalam hatimu di dalam nafasmu
Sepanjang hari hari mu
Biodata dan Gambar Risteena Munim
Nama Sebenar ialah Nur Risteena Munim Zainul Ilyas (Risteena Munim). Merupakan heroin dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM, dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Lahir pada 19 November 1989. Berumur 24 tahun. Sebelum menceburi bidang lakonan, Risteena menceburi bidang modeling. Dia juga sangat minat dalam bidang pengacaraan. Beliau pernah berlakon menerusi drama Bukan Cinta Monyet di TV3.
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku
Sebuah lagi drama bersiri hebat adaptasi novel popular Playboy Itu Suami Aku terbitan Temenggong Pictures bermula 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
Drama bersiri 28 episod arahan Azmi Hata dan nukilan skrip oleh Wan Mahani membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi.
‘Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati. Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)